Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 4
Tarikh : 17 Mei 2011
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 25 orang
Tema : Minggu Kokurikulum
Tajuk : Gerai manakah yang tercantik?
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama(Kemahiran Membaca)
6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang
sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
Aras 1(i) Merujuk perkataan dan kamus untuk mencari makna, meneliti ejaan yang
tepat mengikut susunan perkataan.
Aras 2(i) Meneliti halaman kandungan dan sinopsis prakata untuk mendapatkan
maklumat.
Fokus Sampingan(Kemahiran membaca, bertutur dan Menulis)
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu
perkara.
Aras 1(ii) Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti
Tentang sesuatu tajuk.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada
yang sesuai.
Aras 1(i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang
dibaca.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1) Menyatakan maksud sekurang-kurangnya lima perkataan dipelajari dengan kamus.
2) Menyatakan lima maklumat prakata dengan betul
3) Menulis lima ayat menggunakan perkataan yang disediakan dengan betul.
Strategi Pengajaran : Direktif- Penerangan,
Koperatif- Kerja Berkumpulan
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa : Ayat Topik, Kosa kata , kata hubung
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT) :
1. Kemahiran Berfikir: Menjana idea, sumbang saran
2. Kecerdasan Pelbagai: Verbal Linguistik, Interpersonal
3. Kemahiran belajar Cara Belajar; Belajar berkumpulan
Pengisian Kurikulum : Kajian Tempatan
Nilai Murni : Bekerjasama, rajin, tolenrasi
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid-murid telah diajar cara menggunakan kamus ketika berada dalam Tahun 4.
2. Murid-murid telah mula melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum semenjak Tahun 4.
3. Murid-murid sudah didedahkan dengan cara membina ayat tunggal dan ayat
huraian pada pelajaran yang lepas-lepas.
huraian pada pelajaran yang lepas-lepas.
Bahan Bantu Mengajar : Kad ayat, Kertas Sebak, slaid, Buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 dan kamus.
LANGKAH
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Set induksi
5 minit
|
Minggu kokurikulum
|
1.Guru membincangkan
Pelajaran lepas bertemakan kokurikulum bersama murid.
Contoh Soalan perbincangan:
1. Apakah yang dilakukan semasa hari kokurikulum?
2. Mengapa aktiviti kokurikulum penting?
|
1. Murid mendengar penerangan guru dan bersoaljawab dengan guru.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara kelas
BBM: Gambar
Aktiviti Kokurikulum
Nilai:Tekun dan rajin
KBT: KBKK-Interpersonal
|
Langkah 1
20 minit
|
Buku teks Tahun 4 halaman 48
Menyatakan maklumat dalam prakata yang dibaca.
(Rujuk Lampiran B)
|
1. Guru mengedarkan beberapa contoh prakata.
2.Guru bersoaljawab dengan murid tentang prakata yang diedarkan tadi.
3. Guru meminta murid membaca prakata yang terdapat dalam buku teks.
4.Guru mengarahkan murid berbincang secara kumpulan tentang perkara berikut:
1. maklumat
5. Guru meminta murid membentang hasil perbincangan mengikut kumpulan masing-masing
6. Guru memberi ulasan dan rumusan aktiviti perbincangan dan pembentangan.
|
1. Murid meneliti prakata yang diedarkan oleh guru.
2. Murid menjawab soalan guru tentang prakata
3. Murid membaca teks prakata pada halaman 48 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4.
4. Murid berbincang secara kumpulan tentang maklumat
5. Wakil setiap kumpulan membentangkan dan membaca hasil perbincangan masing-masing di hadapan kelas.
6. Murid mendengar penerangan dan rumusan guru.
|
Strategi/Teknik:
Koperatif
Dan penerangan secara kelas
BBM: Kad ayat, Buku teks BM Tahun 4
Nilai: Kerjasama
KBT:
KBKK: menjana idea, interpersonal,
Mengeluarkan idea
Verbal lingistik
|
Langkah 2
15 minit
|
Mencari makna perkataan dengan merujuk kamus
-kokurikulum
-terbuka
-memupuk
-kerjasama
-menarik
-pertandingan
-kawat kaki
|
1. Guru meminta murid membaca perkataan yang bercetak tebal pada buku teks.
2.Guru meminta murid secara berpasangan mencari makna perkataan tersebut dengan menggunakan kamus.
3.Guru mengarahkan murid membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut secara lisan.
4.Guru mengarahkan setiap kumpulan melapor hasil dapatan masing-masing.
|
1. Murid membaca
Perkataan bercetak tebal
2.Murid mencari makna perkataan tersebut dengan menggunakan kamus
3. Murid membina ayat secara lisan menggunakan perkataan bercetak tebal
4.Setiap kumpulan melaporkan makna perkataan dan ayat-ayat yang telah dibina
|
Strategi/Teknik:
Koperatif, Penerangan secara Kelas
BBM:Buku Teks, Kad Ayat
Nilai:Kerjasama
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Mengeluarkan idea
|
Langkah 3
15 minit
|
Membina ayat
1. kreativiti
2.terpakai
3.menu
4.mesra
5.susun atur
Kata hubung
yang, atau, jika, dan
|
1.Guru meminta murid membaca perkataan di dalam kad perkataan
2. Guru berbincang bersama murid tentang perkataan yang ditunjukkan
3. Guru menyuruh murid menyalin makna perkatan dan menulis maklumat dalam Langkah 1 dan 2 ke dalam buku tulis masing-masing.
4. Guru mengarahkan murid menulis ayat huraian menggunakan kata hubung yang sesuai
|
1. Murid membaca perkataan yang disediakan.
2. Murid mendengar penerangan guru tentang perkataan tersebut.
3. Murid menyalin makna perkataan dan maklumat dalam Langkah 1 dan 2
4. Murid membina ayat huraian menggunakan kata hubung yang sesuai.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara kelas, konstektual
BBM:kad ayat,kertas sebak, Buku Teks
Nilai: rajin
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Mengeluarkan idea
|
Penutup
(5 minit)
|
Teguran dan Nilai murni
|
1. Guru merumus isi pelajaran dengan memberi tegasan serta teguran tentang cara membaca dan mencari maklumat dengan betul.
2. Guru memberi peneguhan dan pujian kepada aktiviti yang telah dijalankan oleh murid dengan berkesan.
3.Guru menegaskan tentang perlunya sikap rajin membaca kepada murid untuk mendapatkan idea dalam penulisan
|
1. Murid mendengar dengan teliti teguran dan tegasan murid tentang tulisan dan ejaan.
2.Murid merenung kembali kelemahan dan kelebihan semasa melakukan aktiviti pembentangan
3. Murid menyedari perlunya sikap rajin membaca diamalkan.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan secara kelas, konstektual
BBM:kad ayat,kertas sebak
Nilai: rajin, patuh
KBT:
Belajar cara Belajar
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Membuat perkaitan
|
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Saya cuba untuk merancang Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kecedasan pelajar yang saya ajar. Secara umumnya, pelajar saya yang ajar ini, memang kebanyakan ramai yang masih lemah dalam aspek penulisan. Daripada lima belas orang pelajar, hanya lima orang yang betul-betul menguasai kemahiran 3M. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memilih kemahiran seperti rancangan di atas untuk saya paparkan dalam blog ini.
Kelemahan
Murid-murid lemah seperti Chansday Una, Vincent, Gullet, dan Rafael seperti kebingungan apabila diminta membina ayat secara lisan. Beberapa kali diminta mencuba, mereka hanya berdiri membisu. Kemudian saya meminta mereka menyalin sahaja ayat yang sudah saya sediakan. Sementara murid lain yang dapat mengikuti pengajaran saya , saya suruh mereka membina ayat secara individu. Kemahiran ini sering saya ulang agar mereka mahir. Saya rasa sudah kali keenam saya mengulang kemahiran membina ayat menggunakan kata hubung. Kebosanan , itu yang saya lihat pada wajah beberapa orang murid yang sudah mahir. Namun disebabkan beberapa orang murid yang agak lemah itu, pengajaran saya terhambat.
Kekuatan
Pengajaran pada hari tersebut mencapai objektif kerana murid-murid bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Murid mengikut arahan dan melaksanakan tugasan masing-masing dan masa pengajaran dimanfaatkan sepenuhnya.
Penambahbaikan
Pada masa akan datang, pengajaran saya akan lebih tertumpu kepada aktiviti pemulihan di dalam kelas khasnya untuk kemahiran membina ayat. Begitu juga dengan kemahiran yang mana kebanykan murid dapat membaca ayat-ayat demi ayat tetapi kurang memahami makna dan arahan guru. Boleh membaca namun tidak faham apa yang dibaca. Dari aspek penggunaan ICT, memang kurang dipraktikkan dan pada masa akan datang akan cuba diperbaiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan