Sabtu, 20 Oktober 2012

SEMANTIK



1.0  PENGENALAN

Manusia berbicara dengan bahaasa. Tanpa bahasa yang jelas dan bermakna, komunikasi yang lengkap tidak akan berlaku. Jalinan bahasa yang terjadi antara setiap penuturnya memerlukan persefahaman dalam mengungkapkan makna. Pada umumnya, istilah semantik merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Kajian semantik telah mula memberi fokus kepada aspek kajian tradisional iaitu perubahan makna sebelum tahun 1930. Namun selepas 1930, kajian semantik lebih menekankan  kepada permasalahan deskriptif dan struktur dalam semantik(Ullman,1966).Gustaf Stern (1931) telah menghasilkan sebuah buku bertajuk “Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language”.

            Dengan terhasilnya tulisan ini, corak pengkajian telah berubah. Pakar-pakar bahasa tidak lagi memberi tumpuan hanya kepada perubahan makna dan sebab-sebabnya tetapi juga mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga prinsip umum kepada kajian bahasa tertentu(Ullman,1966). Nor Hashimah(1994) pula berpendapat, terdapat dua tahap perkembangan ilmu bahasa iaitu semantik falsafah dan semantik linguistik. Perkembangan dalam bidang linguistik telah menyebabkan wujudnya pendapat yang meletakkan ilmu semantik dalam bidang linguistik.

            Sementara itu menurut Modul Pembelajaran BML3083, kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani, ‘semant ickos’ yag bermaksud ‘significant’ iaitu ‘penting’ atau’ bererti’(Hashin Musa, Ong Chin Guan, 1998). Nik Safiah Karim(2001) juga mengatakan bahas semanting ialah bidang yang mengkaj makna atau erti bahasa. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi struktur dan fungsi bahasa danjuga masalah dalam kajin psikologi, falsafah dan antropologi.Dngan pendapat di atas, dapatlah dikatakan semantik ialah sebahagian daripada cabang linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa.


            Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat.

            Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari dalam bukunya yang bertajuk semantik dan pragmatik bahasa Melayu, Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek “ semantikos ” yang membawa maksud “erti yang penting”. Selalunya terdapat perbezaan antara “semantik” dengan “sintaksis”. Dalam keadaan tersebut, “semantik” merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi pernyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur). Semantik ( Bahasa Yunani): semantikos, memberikan tanda, penting, dari kata sema (sama), tanda adalah cabang linguistik yang mempelajari makna yang terkandung pada suatu bahasa, kod, atau jenis representasi lain. Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis symbol oleh agen atau komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.

            Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang membawa maknasignificant iaitu ‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, ‘sema’ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.


2.0       Hubungan Perkataan Dengan Makna
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

            Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”

            Menurut Abdullah Hassan (1981) „kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata.”
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan
akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

(i)Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
(ii) Faktor tanggapan penutur
(iii) Faktor peluasan maksud
(iv) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
(v) Faktor tujuan simbolik dan stilistik
2.1       SINONIM
Sinonim  ialah  hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks(Lyons, 1929:405).  Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan(1995),  frasa ‘sungai tak tentu gaungnya’ bersinonim dengan frasa ‘orang yang tidak tentu asal usulnya’. Frasa sungai tak tentu gaungnya merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama.

            Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain.
Sinonim juga diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama dengan makna ungkapan lain. Perkataan ‘sinonim’ dikatakan berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu ‘onoma’ bermaksud nama dan ‘syn’ yang bererti nama lain. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan cantik, cantik juga bersinonim dengan indah.

            Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan mempunyai sinonim. Contoh perkataan tersebut ialah, padi, barli, kayu dan batu. Ada juga perkataan bersinonim pada bentuk kata dasar tetapi tidak bersinonim pada bentuk terbitan iaitu raut bersinonim dengan  wajah tetapi diraut tidak bersinonim dengan diwajah..Begitu juga dengan perkataan yang tidak bersinonim pada kata dasar namun bersinonim dengan pada bentuk terbitan seperti kekuasaan yang bersinonim dengan kekuatan tetapi kuasa tidak bersinonim dengan kuat. Selain itu, terdapat perkataan yang mengikut erti sebenarnya tidak bersinonim tetapi dalam erti kiasan memiliki sinonim  seperti merah bersinonim dengan berani, marah dan darah.

            O’Grady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan ‘kereta’ dan ‘motokar’ adalah sama namun apabila membentuk ungkapan ‘kereta lembu’  dan ‘motokar lembu’ maka maknanya menjadi berbeza(Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan(1981) turut menjelaskanj bahawa’ memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini’.

            Dalam ilmu semantik terdapat beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks, sinonim laras bahasa dan sinonim kolokasi.

2.1.1 Sinonim Pinjaman
            Sinonim pinjaman datang daripada pinjaman daripada bahasa asing. Contoh kata yang dipinjam daripada bahasa asing seperti ‘politik’ dan ‘siasah’ serta ‘iktisad’ dan ‘ekonomi’. Kedua-dua kata ini datang daripada bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Menurut pengkaji semantik, hal ini terjadi disebabkan oleh pertembungan bahasa Melayu dengan kedua-dua bahasa ini secara serentak.
Contoh;
      (a)    belalang –     patung(dialek Melayu)
                        cakcibau(Perak) 
      (b)   batas(Kedah)- jalan raya( Kedah
      (c)    bankrap(Inggeris) - muflis(Arab)
      (d)   kurikulum
      (e)    mesin
      (f)    munsyi-guru
      (g)   makbul-mustajab

2.1.2  Sinonim Konteks
Sinonim mengikut konteks ialah perkataan yang sama makna dalam bahasa Melayu pada awalnya. Misalnya, perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’. Perkataan ‘jemput, digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam konteks tulisan.(Abdullah Hassan,2007). Dalam hal ini, konteks dikatakan boleh mewujudkan perkataan sama makna.
Contoh:
      (a)    ayah- bapa
Penggunaan sinonim jenis ini dapat dilihat melalui ayat di bawah
 (i)                 Bapa ayam itu telah ditangkap polis.
(ii)               Ayah ayam itu telah ditangkap oleh polis.
Walaupun kata ayah sama makna dengan bapa namun pada sesetangah frasa ayat, kata bapa tidak sesuai digantikan dengan ayah. Jadi, jika kita menggantikan kata bapa menjadi ayah, bunyi simpulan bahasa  ini agak janggal dan kurang sesuai.  Jelaslah, dalam penggunaan sinonim yang melibatkan ayat, pemilihan kata hendaklah sesuai menurut konteks ayat yang dibina dan dipertuturkan.

     (b)   Gadis- dara
(i)                 Minyak kelapa dara sangat sesuai untuk melebatkan rambut.
(ii)               Minyak kelapa gadis sangat sesuai untuk melebatkan rambut.

    (c)    Murid- pelajar
(i)                 Aminah ialah pelajar semester Universiti Sains Malaysia.
(ii)               Aminah ialah murid semester Universiti Sains Malaysia.

    (d)   Lelaki – jantan
(i)                 Ayam jantan itu sedang berkokok di halaman rumah.
(ii)               Ayam lelaki itu sedang berkokok di halaman rumah.

Contoh sinonim dalam (b), (c), dan (d) ialah penggunaan kata yang sinonim mengikut   konteks. Andai sinonim ini berbentuk kata tunggal dan tidak dimasukkan ke dalam ayat, penggunaannya adalah sesuai. Namun jika digunakan pada sesetengah ayat, makna ayat menjadi tidak gramatis dan  agak aneh. Ayam jantan tidak sesuai diganti dengan ayam lelaki, kelapa dara tidak sesuai ditukar dengan kelapa gadis dan murid tidak sesuai diganti dengan pelajar kerana kata murid adalah  untuk kanak-kanak sekolah rendah manakala kata pelajar adalah untuk yang lebih berumur.  Kata seperti tenggelam sinonimnya karam, kawan sinonimnya sahabat,  dukun dan bomoh adalah antara contoh sinonim mengikut konteks.


2.1.3 Sinonim Laras Sosial
            Sinonim laras sosial terbentuk kerana wujudnya laras sosial yang berlainan. Untuk melihat bentuk sinonim laras sosial, laras bahasa yang digunakan adalah berlainan iaitu beberapa perkataan yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan. Contohnya, perkataan wafat untuk nabi, mangkat untuk raja, mati untuk orang biasa , kojol, kejang dan kerpus adalah bahasa yang tidak sopan(Abdullah Hassan,2007). Penggunaan perkataan-perkataan ini menunjukkan perbezaan darjat dan status namun mempunyai pengertiaan yang sama iaitu tidak bernyawa lagi.
Contoh-contoh lain;
    (a)    Professor- mahaguru
    (b)   Primadona- seri panggung
    (c)    Peniaga-penjual
    (d)   Beta- saya
    (e)    Beradu- tidur 
    (f)    nakhoda- juragan
    (g)   inang-pengasuh
    (h)   meminta-memohon
    (i)     gering-uzur, sakit

2.1.4 Sinonim Kolokasi
Sinonim kolokasi ialah satu kelompok perkataan yang setiap satunya berlaku dam konteks penggunaan masing-masing. Abdullah Hassan(2007) memberi contoh , perkataan ‘banyak’ adalah sama makna dengan perkataan ‘ramai’. Perkataan ‘ banyak’ digunakan dengan pelbagai kata nama manakala ‘ramai’ hanya digunakan untuk manusia sahaja.
Contoh-contoh lain;
      (a)    renek-rendah
      (b)   Tengik-busuk
      (c)    Serak-parau-garau
      (d)   Kacak- tampan 
      (e)    Cantik- rupawan
      (f)    Sedap- lazat

2.2       ANTONIM

          Antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan.  Hubungan makna yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut (Lyons, 1979). Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu "anoma" yang bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek.
            Bagi perkataan yang tergolong dalam kata (adjektif)sifat, biasanya perkataan lawannya mudah dikaji tetapi bagi kata kerja, tidak semua kata kerja mempunyai lawan. Contohnya kita tidak dapat menentukan lawan bagi berjalan, bermain, duduk, memasak, mandi, dan sebagainya.
Pertentangan makna ini juga bergantung pada konteks dan budaya. Contohnya perkataan “tinggi” mungkin bertentangan makna dengan “rendah” atau “pendek”, “kaya” dengan “fakir” atau”miskin” dan sebagainya. Bagaimanapun kita boleh melawankan atau mempertentangkan perkataan seperti menolak-menerima, keluar-masuk, membuka-menutup, menangis-ketawa, mendedahkan-menyembunyikan dan sebagainya.
Bagi perkataan nama, demikian juga keadaannya. Kita boleh menentukan kata berlawanan bagi perkataan langit, ibu, kakak, malam dan sebagainya tetapi tidak untuk perkataan seperti perang, kertas, cawan, bakul, tali, sayur, daun, meja, dan sebagainya.

i)       Kata adjektif(sifat)
(a)    Sempit lawannya luas
(b)   Baik lawannya buruk
(c)    Sayang lawannya benci
(d)   Dungu lawannya bijak
(e)    Kering lawannya basah
(f)    Gigih lawannya malas
(g)   Rendang lawannya tinggi
(h)   Jujur lawannya tipu
(i)     Bimbang lawannya tenang
(j)     Curang lawannya setia
ii)                  Antonim Kata Kerja
(a)    berehat lawannya bekerja
(b)   melempar lawannya menyambut
(c)    menimbus lawannya menggali
(d)   terlindung lawannya terdedah
(e)    melepas lawannya mengurung
(f)    memanjat lawannya menuruni
iii)                Antonim Kata Nama
(a)    Guru lawannya murid
(b)   Televisyen lawannya radio
(c)    Komputer lawannya mesin taip
(d)   Angin lawannya bayu
(e)    flora lawannya fauna
(f)    baju lawannya seluar
(g)   pinggan lawannya piring
(h)   sudu lawannya lembu
(i)     kucing lawannya anjing
(j)     harimau lawannya singa

2.2.1    Antonim  Berpasangan
Terdiri daripada dua kata nama yang memiliki makna  berlawan makna namun lebih kepada berpasangan. Contohnya;
(a)    malam lawannya siang
(b)   subuh lawannya senja
(c)    matahari lawannya bulan
(d)   kakak lawannya abang
(e)    kaki lawannya tangan
(f)    pisau lawannya parang
(g)   bantal lawannya tilam
(h)   gadis lawannya teruna

2.2.2    Antonim Berperingkat
Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat. Peringkat ini bersal daripada kata adjektif atau kata yang menunjukkan keadaan dalam kategori yang sama seperti  kecil lawannya besar, tua lawannya muda dan tinggi lawannya rendah.
Contoh :
                 (a)    letih lawannya segar
                 (b)   pucat lawannya berseri
                 (c)    pintar lawannya bodoh
                 (d)   pemurah lawannya kedekut
                 (e)    leka lawannya peka
                 (f)    pekak lawannya dengar
                 (g)   suci lawannya kotor  
                 (h)   garing lawannya lemau
                 (i)     harum lawannya busuk
                 (j)     lalai lawannya waspada
                 (k)   kering lawannya basah
                 (l)     lembut lawannya keras
                 (m) sakit lawannya sihat

2.2.3 Antonim Berhubungan
Antonim berhubungan ialah perkataan berlawan makna tetapi maknanya berhubungan. Sebagai contoh perkataan berlawan makna ialah guru-murid,  turun-naik, penjual-pembeli dan sebagainya. Pasangan perkataan yang berlawan makna ini menunjukkan kewujudan perhubungan makna.
Contoh;
             (a)    doktor lawannya pesakit
             (b)   emak lawannya bapa
             (c)    majikan lawannya pekerja
             (d)   makanan lawannya minuman
             (e)    sultan lawannya sultanah
             (f)    bunga lawannya buah
             (g)   nasi lawannya lauk
              (h)   suami lawannya isteri
              (i)     sudu lawannya garpu

2.3       Polisemi
Polisemi Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna. Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza. Antaranya: i. tekanan benda ii. tidak ringan iii. sukar (dilakukan, diselesaikan) iv. amat sangat, kuat v. menyebelah, memihak vi. berkenaan dengan novel, drama dll yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya).
Sementara itu, Hartmann dan Stork(1972),mengatakan polisemi ialah perkataan atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih.
Polisem juga bermaksud perkataan sama yang memiliki beberapa makna yang berkaitan secara konseptual(Kuiper& Allan,2004:550. Abdullah Hassan(2006:2311) memberi maksud polisemi sebagai perktaan yang semua jadi mempunyai banyak makna.

2.3.1        Polisemi Tulen
Berdasarkan sebuah kamus, kata polisemi mengandungi satu senarai makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan di bawah satu kata masukan sahaja. Contohnya, kata ‘pelat’ bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mngucapkan sesuatu ungkapan(Kamus Dewan,2000:999). Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisemi tulen. Untuk situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai nama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisemi yang memiliki banyak makna.
(a)alamat-  i) Langit mendung alamat hendak hujan.
                  ii) Alamat kampungnya tidak diketahui.
(b) jarang-  i) Susunan gigi nenek agak jarang.
                 ii) Ibu jarang ke pasar akhir-akhir ini.
                 iii)  Kakak memakai baju yang agak jarang.
iv)                Rambut saya agak jarang kerana gugur.
2.3.2        Polisemi Konteks
Polisemi konteks mempunyai makna berlainan bergantung pada konteks.   
        a)      Atas
(i)                 Dia berada di atas awan
(ii)               Segalanya atas kerelaannya
(iii)             Pihak atas akan berusaha
(iv)             Segalanya bergantung atas bukti

  2.4      Homonim
Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan, frasa atau ayat) yang bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Hartmann dan Stork(1972) mendefinisikan homonim sebagai dua perkataan atau lebih yang sama bunyi tetapi berbeza maknanya. Di dalam kamus, perkataan berhomonim ditandai dengan angka roman yang diletakkan selepas setiap entri yang berhomonim itu. Contohnya:
I.Ibu membeli sebuku sabun. 
Buku                 II. Jijah sedang membaca buku.
                        III Peninju itu mengenggam buku limanya.

I.                   Anjing liar itu telah lari ke kawasan semak yang berdekatan.
Semak
II.                Cikgu Jijah sedang menyemak kerja murid-muridnya.       
Homonim terbahagi kepada dua iaitu homofon dan homograf(Finegan, 2004:196-196) Homofon  bererti sebutan adalah sama tetapi ejaan berlainan.(O’ Grady, 2000:120-121) Homograf pula ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan(Finegan, 2004:195) Ada juga perkataan yang ditulis sama seperti tetapi sebutan berbeza. Contohnya mengerat (memotong) dan mengeratkan (merapatkan). Ini kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e pepet dan etaling.
Contoh homonim
(a)    agung
(b)   ambang
(c)    badan
(d)   belah
(e)    bunga
(f)    cerah
(g)   celah
(h)   kecut
(i)     kelas
(j)     larut
(k)   langkah

2.4.1        Homograf
(a)    Semak
(b)   Pelekat
(c)    Bela

2.4.2 Homofon
(a) massa dengan masa
(b) bank dengan bang


2.5        Hiponim
Hiponim bermaksud perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat(O Grady, 200:19-17) Abdullah Hassan(2006:233) berpendapat hiponim wujud apabila ada perkataan berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan.

Menurut Fromkin dan Rodman(1998), hiponim ialah hubungan ketercakupan makna antara suatu perkataan, frasa, ayat aungkapan yang maknanya dianggap merupakan bahagan daripada makna daripada suatu  perkataan , frasa  atau ungkapan lain.


2.5.1 Hiponim Tulen
Hiponim tulen adalah satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum  mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain(Abdullah Hassan, 2007)
Contoh :
         a)      Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya iaitu beras dan nasi.
Contoh-contoh lain
           a)      kenderaan- van, lori, bas, teksi, beca, kereta
           b)      senjata- keris, tombak, pedang, panah, sumpit,
           c)      planet- pluto, marikh, bumi, musytari, zuhal, neptun, uranus, utarid, zuhrah   
           d)     bulan- Januari, Februari, Mac. April, Mei  
           e)      perabot- meja, kerusi, katil, almari,
           f)       pakaian – stoking, baju, seluar, kemeja
           g)      flora – paku, pokok bunga, cendawan, rumput
           h)      fauna- unggas, serangga, amfibia, reptilia, ikan

2.5.2 Hiponim  Umum
Hiponim umum  bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bermakna bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am.
a) bunga          i) bunga mawar
                        ii)bunga melati
                        iii)bunga kemboja
                        iv)bunga tanjung
                        v)bunga kertas

b)seluar            i) seluar dalam
                        ii)seluar panjang
                        iii)seluar pendek
                        iv)seluar sekolah
c)tikar             i)tikar mengkuang
                        ii)tikar pandan
                        iii)tikar bangkar
                        iv)tikar sembahyang
            v)tikar getah

d) susu             i)susu getah
                        ii)susu lembu
                        iii)susu ibu
                        iv)susu kambing
                        v)susu tepung

e) ayam            i) ayam serama
                        ii) ayam belanda
                        ii)ayam ketek
                        iv)ayam jantan

f) kelapa          i) kelapa mawa
                        ii)kelapa gading
                        iii)kelapa tua
                        iv)kelapa sawit
                        v)kelapa muda
           
g) kek              i) kek lapis
                        ii)kek pisang
                        iii)kek kismis
                        iv)kek coklat

h) buluh           i) buluh gading
                        ii)buluh betung
                        iii)buluh perindu
                        iv)buluh cina
                        v)buluh lemang

i) ubi    i)ubi keledek
            ii)ubi kentang
            iii) ubi kayu
            iv)ubi gadung
            v)ubi garut


3.0.      RUMUSAN

Kajian hubungan perkataan dengan maknanmemperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Penggunaan kata yang pelbagai makna dapat mengindahkan bahasa di samping menyatukan kepelnagaian kaum di negara ini. Menurut Abdullah Hassan(1981) “kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu behubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata. Dengan mengetahuii makna perkataan, komunikasi yang terjalin akan dapat membantu menambah keberkesanan bahasa dan kegramatisan kata atau ayat yang digunakan.


                                                        
 RUJUKAN

Abdullah Hassan, Ainon Mohd,(1994), Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan   ,Kuala
                              Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan(2007)Linguistik Am- Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,           Selangor: PTS                               Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ainon Mohd.,M.A., Abdullah Hassan, Ph.D.(2011), Tesaurus Bahasa Melayu, Selangor: PTS       Professional Publishing Sdn. Bhd.
F.R. Palmer,(1989), Semantik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu, Perak darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Rodiah Yusoff(2000, Julai), Semantik, Dewan Bahasa, 743-746.
Sheikh Othman bin Sheikh Salim(1996),Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan         Bahasa dan Pustaka
S. Nathesan(2008), Makna dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala Lumpur Dewan Bahasa      dan Pustaka
Souib Hamat,(2004) Teman Bahasa Kita- Kata Banyak Makna, Johor Darul Takzim; penerbitan    Pelangi            Sdn Bhd
Shahrezad Ibrahim(2002) Kamus Dwibahasa- Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua,     Kuala   Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
www.docstoc.com/9651163/HBL3303SMP-PSIKOLINGUISTIK-DAN-SEMANTIK#