Mata pelajaran : Bahasa
Melayu
Kelas
: Tahun 4
Tarikh :
16 Mei 2011
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 15 orang
Tema
: Minggu Kokurikulum
Tajuk
: Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama (Kemahiran Menulis)
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan
tulisan berangkai yang kemas
Aras 2(i)
Menulis ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik
Fokus Sampingan (Kemahiran membaca, bertutur dan
Mendengar)
7.1
Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang
tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat
2.2
Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 2
(i)Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
1) Menulis lima ayat huraian dengan
tulisan berangkai berdasarkan teks dengan betul.
2) Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan menarik
3) Menyatakan lima maklumat penting
berdasarkan pengumuman yang dibaca
Strategi
Pengajaran : 1.Koperatif – Kerja berkumpulan
2.Direktif - Penerangan
Kemahiran Bahasa :
Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa
: Ayat huraian, Kosa kata
Pengisian Kurikulum :
Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
1. Kemahiran Berfikir:- Menjana idea, merumus, Membanding beza
2 .Kecerdasan Pelbagai- Interpersonal, verbal linguistik, Interpersonal,
Intrapersonal
Nilai:
Bekerjasama, berusaha, rajin, patuh
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid- murid sudah mengetahui cara menulis
tulisan berangkai dan mengetahui cara menulis ayat huraian dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar
: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Video, slaid, kad manila,
kad
ayat . |
Langkah
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
|
Set induksi
(5 minit)
|
Aktiviti Kokurikulum
|
1.
Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran yang lepas.
2.
Guru meminta murid menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terdapatdi
sekolah.
Contoh
: Kelab Olahraga, Silat,
|
1.Murid
memberi idea berkaitan aktiviti kokurikulum.
2.Murid
memberi dan menamakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah
|
Strategi/Teknik:
Penerangan
Konstektual
BBM:Slaid,
Tayangan video
Nilai:
Tolenrasi
KBT:
Kecerdasan
pelbagai:
1.
Verbal linguistik
KBKK:
Mengeluarkan idea
|
|
Langkah 1 (15minit)
|
Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri –Buku
Teks Bahasa Melayu Tahun 4 halaman 50
|
1.Guru
mempamerkan gambar seni mempertahankan diri menggunakan slaid dan berbincang
tentangnya.
2.
Murid diminta membaca notis dalam buku teks
secara senyap
3.
Guru meminta beberapa murid ke depan untuk menghebahkan notis yang telah
dibaca.
4.
Guru menyuruh semua murid membaca secara kuat notis yang dihebahkan tadi
5.
Guru memberi penerangan tentang isi notis yang dipelajari
|
1.
Murid memerhati gambar Seni mempertahankan diri yang ditunjukkan oleh guru.
2.
Murid membaca notis secara senyap.
3.
Murid tampil ke hadapan kelas menghebahkan maklumat dalam notis yang dibaca.
4.
Murid –murid membaca semula notis yang dimaksudkan,
5.
Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan
secara Kelas, Koperatif
BBM:
Gambar(Powerpoint)
Buku
Teks
Nilai:
Bekerjasama
KBT:
Belajar
cara Belajar
Kecerdasan
pelbagai:
1.
Verbal linguistik
KBKK:
Mengeluarkan idea
Nilai:
Berani
|
|
Langkah 2
(20
minit)
|
Tulisan Berangkai
Pembentangan Kerja Kumpulan
|
1.
Guru meminta murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara
berkumpulan.
2.
Guru mengedarkan kad manila kepada murid .
3.
Guru meminta murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas.
4.
Guru meminta murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam
buku masing-masing.
|
1.Murid
menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan.
2.
Murid menulis jawapan pada kad manila yang diberi guru.
3.
Murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas.
4.
Murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku
masing-masing.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan
secara Kelas, Koperatif
BBM:
kad manila
Buku
Teks,
Nilai:
Bekerjasama
KBT:
Belajar
cara Belajar
Kecerdasan
pelbagai:
1.
Verbal linguistik
KBKK:
Mengeluarkan idea
Nilai:
Berani
|
|
Langkah 3
(15
minit)
|
Membina
ayat dengan tulisan berangkai
|
1.Guru
menerangkan dan memberikan contoh ayat berangkai kepada murid.
2.
Guru meminta murid membina ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan
berangkai.
3.
Guru meminta beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada
rakan-rakan yang lain.
|
1.Murid
mendengar penenerangan guru.
2.
Murid membina lima ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai ke
dalam buku tulis masing-masing.
3.
Beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada murid lain.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan
secara Kelas,
BBM:
kad manila
Buku
Teks,
Nilai:
Bekerjasama
KBT:
Belajar
cara Belajar
Kecerdasan
pelbagai:
1.
Verbal linguistic
2.
Intrapersonal
KBKK: menjana
idea
Nilai:
Rajin
|
|
Penutup
(5minit)
|
Teguran
dan Nilai murni
|
1.
Guru merumus isi pelajaran dengan memberi tegasan serta teguran tentang
tulisan yang kemas dan kesalahan ejaan.
2.
Guru memuji hasil kerja murid yang baik dan berkualiti,
3.Guru
bersoaljawab tentang kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum dan kepentingan
menghargai masa dan menggunakan masa lapang dengan bijak.
|
1.
Murid mendengar dengan teliti teguran dan tegasan murid tentang tulisan dan
ejaan.
2.Murid
menerima pujian dengan ikhlas dan berusaha membaiki kelemahan.
3.
Murid menyatakan kebaikan menyertai kokurikulum dan menyedari cara
menggunakan masa lapang dengan berfaedah
.
|
Strategi/Teknik:
Penerangan
secara Kelas,
BBM:
Buku Teks,
Nilai:
rajin, patuh
KBT:
Belajar
cara Belajar
Kecerdasan
pelbagai:
1.
Verbal linguistic
2.
Intrapersonal
KBKK:
menjana idea
|
Sebelum P & P
Sebelum mengajar, rancangan saya selepas mengajar kefahaman
dan teks pada hari pertama iaitu Isnin, saya akan mengajar kemahiran menulis
dan diselitkan dengan pengajaran tatabahasa. Bagi saya, (saya rasa guru bahasa
yang lain pun buat perkara yang sama), tatabahasa memang sepatutnya diajar
setiap hari walaupun cuma memasukkan satu tajuk kecil kemahiran berbahasa.
Kemahiran menulis tulisan berangkai jarang diajar kerana saya lebih fokus
kepada kemahiran memperluaskan binaan ayat. Tapi kali ini saya rasa, pelajar
saya akan berminat mempelajari teknik menulis tulisan berangkai. Kemahiran
menulis tulisan berangkai kali ini adalah kesinambungan daripada kemahiran yang
pernah dipelajari semasa di kelas-kelas sebelum ini.
Semasa P & P
Bahan bantu mengajar saya amat konvensional. Saya lebih
banyak menggunakan papan kapur. Setiap kali menunjukkan contoh dan menegur
kesilapan murid, saya banyak bergantung kepada papan tulis. Ada juga contoh
yang sudah dipamirkan dengan menggunakan kertas sebak. Pelajar lupa bagaimana
menulis tulisan berangkai dengan betul. Para pelajar lupa teknik
menyambung setiap huruf dengan betul.
Kelemahan P & P
Kelemahan saya amat ketara kerana saya lebih banyak menyuruh
murid membaca walaupun kemahiran fokus saya ialah menulis. Dari aspek
penyediaan soalan latihan, saya hanya meminta murid membina ayat dalam bentuk
tulisan berangkai sahaja seolah-olah saya tidak mengembangkan
kemahiran KBKK murid-murid dan tidak menyediakan latihan susulan yang
lain. Aktiviti berkumpulan yang saya sediakan kurang mencabar kerana saya hanya
meminta murid menyalin semula. Walaupun aktiviti berkumpulan dijalankan, namun
hanya segelintir sahaja yang aktif melibatkan diri.
Kekuatan P & P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya dapat diikuti oleh
murid kerana saya menggunakan arahan yang mudah. Murid faham dan dapat
melakukan setiap aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran yang disediakan.
Murid diterangkan tentang petikan notis jadi murid akan dapat membezakan
petikan teks bacaan biasa dengan petikan notis.
Tindakan susulan/Penambahbaikan
Untuk penambahbaikan saya akan cuba mempelbagaikan latihan
terutama yang berfokus dengan kosa kata iaitu murid akan mengisi tempat kosong
dan menyalin ayat-ayat soalan menggunakan tulisan berangkai (agar tidak lari
daripada kemahiran yang hendak diajar)
Contoh Latihan:
1. Salin ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai
dan isikan tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai.
2. Bina sebuah karangan dengan menggunakan tulisan sepanjang
80 patah perkataan.
3. Bina empat rangkap pantun 4 kerat dengan
menggunakan tulisan berangkai.
Dari aspek pedagogi, saya akan merancang pengajaran dan
latihan yang berkesan kepada murid dengan berpandukan aras kecerdasan murid di
dalam kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan