DUNIA SAINS & TEKNOLOGI TAHUN 1


Mata pelajaran                    :            Dunia Sains dan Teknologi
Tahun                                     :           Tahun 1
Tajuk                                      :           Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Standard Kandungan         :           1.1       Memahami ciri benda hidup dan benda bukan
                                                                        hidup.
Standard Pembelajaran     :           1.1.1   Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan
                                                                        hidup.
Tempoh Masa                      :           1 jam
Sumber                                  :           1.         Kad gambar
                                                            2.         Kad Imbasan- Benda Hidup dan Benda Bukan
                                                                 Hidup
                                                            3.         Lembaran kerja
Pendekatan Pedagogi     :           Pembelajaran Masteri dan Pembelajaran Kontekstual

Aktiviti                                                :

Langkah Pembelajaran dan Pengajaran

Aktiviti fokus murid / guru
EMK / SPS / BBM / Nilai Moral



Set Induksi
( 10 minit )
1.    Guru membawa murid berjalan di sekeliling kawasan sekolah dan memerhati setiap benda hidup dan benda bukan hidup.
EMK : Elemen kreativiti dan
           Inovatif.
SPS:Pemerhatian

BBM : Luar bilik darjah ( kajian
           Lapangan )

Nilai Moral : Cintai Alam Sekitar,
                    minat dan sifat ingin
                    tahu.


Langkah 1
( 15 minit )
1.    Guru menyoal murid secara rawak berpandukan kepada pemerhatian di luar bilik darjah.

Soalan:
i)     Cuba kamu sebutkan / nyatakan benda-benda yang kamu Nampak di luar kelas tadi.
      Cth: burung, rama-rama,  
      Bunga, penyapu, tong  
      Sampah, kucing, dll.

2.    Guru menyuruh murid mengenalpasti yang manakah benda hidup dan benda bukan hidup.
EMK : Elemen kreativiti dan
           Inovatif.
SPS: Meramal dan pengkelasan;
         Membuat inferens

BBM : Bahan konkrit

Nilai Moral : Bertanggungjawab,
                    Berfikiran kreatival
                    Dan analitis.


Langkah 2
( 20 minit )

1.    Guru memberi lembaran kerja dan murid menandakan gambar berdasarkan PERNYATAAN yang di beri dengan tepat.(Aktiviti berkumpulan)

2.    Guru menerangkan contoh-contoh lain benda hidup.

3.    Guru menerangkan contoh-contoh lain benda bukan hidup.

4.    Guru memperkenalkan istilah Benda hidup dan Benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.

5.    Murid diminta menampal kad imbasan Benda hidup dan Benda bukan hidup ke ruang pengelasan yang telah dibuat.EMK : Elemen kreativiti dan
           Inovatif.
SPS:Pengkelasan

           Kad Imbasan Benda
           Hidup dan benda Bukan
           Hidup

Nilai Moral : Kerjasama

Langkah 3
( 10 minit )

1.    Menyiapkan Lembaran kerja.

Guru meminta murid mewarnakan benda hidup dan benda bukan hidup.


Contoh :

·         Benda hidup – warna hijau
·         Benda bukan hidup – warna kuning

2.    Guru meminta murid menandakan benda hidup di dalam Lembaran Kerja.
EMK : Elemen kreativiti dan
           Inovatif.
SPS: Pengkelasan

BBM : Lembaran kerjaLembaran kerja.docx
Nilai Moral : Bekerjasama,
                    Keyakinan diri

Penutup
( 5 minit )

Permainan : Soal jawab atau teka teki.
EMK : Elemen kreativiti dan
           Inovatif.
SPS:Meramal
Nilai Moral : Berfikiran kritival
                    dan analitis,
                    berkeyakinan diri 

Refleksi Pengajaran
Kelemahan
Pengajaran DST untuk Tahun 1 hanya akan bermula selepas minggu Transisi. Murid-murid yang menghadiri kelas Tahun 1 2011 bukan semuanya murid yang cerdas. Namun begitu, disebabkan tajuk yang diajar ada berkaitan dengan latar belakang murid, jadi senang sikit hendak mengendalikannya. Pengajaran saya dimulakan dengan bertanya khabar dan memperkenalkan benda-benda yang ada di sekeliling murid.
Murid masih belum memahami tujuan pembelajaran DST pada hari itu. Jadi tugas saya adalah memperkenalkan DST sebelum saya memperpanjangkan lagi topik berkenaan. Saya bertanya kepada seorang murid, namanya  Nangkin." Nangkin, apa ada di tangan cikgu?" Nangkin menjawab, " Enda nemu."(maksudnya tak tahu). Saya pun membuka tangan. Seekor rama-rama kecil terbang dari tangan saya. Apalagi, murid-murid pun berlari mengejar rama-rama tersebut. Set induksi saya dijalankan di luar kelas, jadi banyak masa saya hilang di situ. Kemudian apabila hendak balik semula ke dalam kelas, murid-murid masih sibuk bercerita tentang rama-tama tadi. Itulah antara kelemahan P & P saya kali ini.

Kekuatan
Setelah Set induksi selesai, saya cuba mengorak langkah ke langkah satu seterusnya yang mengambil masa selama sepulut minit.  Saya bernasib baik sedikit, murid-murid boleh memahami Bahasa Melayu dengan agak baik. Apabila saya cuba memperkenalkan konsep benda hidup dan benda bukan hidup, mereka faham. Tambahan pula contoh yang digunakan adalah perkara-perkara asas seperti meja, kucing, tumbuhan, baju dan sebagainya. Tajuk pengenalan ini agak mudah. Murid seronok apabila ditunjukkan dengan gambar berwarna warni dan cikgu berlakon menggunakan bahan yang ada. Lembaran kerja yang saya berikan kepada murid juga agak mudah diselesaikan.

Penambahbaikan
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan P & P saya pada hari ini. Sedikit sebanyak tajuk ini memberi minat kepada murid untuk belajar Sains. Pada masa akan datang, mungkin lebih banyak lagi contoh dan bahan sumber perlu ditunjukkan kepada murid-murid .

(Lembaran kerja: Rujuk Slideshare)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan