Konsep Melayu dan Hipotesis Asal Usul Bahasa Melayu
1. Asal Usul Bahasa Melayu
1. Perkataan Melayu dikatakan muncul pertama kalinya dalam tulisan Cina antara tahun 644 – 645 M, iaitu disebutkan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara Cina untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina.
2. Kerajaan Melayu merupakan sebuah kerajaan yang besar dan luas pengaruhnya di Pulau Sumatera, iaitu zaman sebelum kerajaan Sriwijaya.
3. Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada perkataan “Himalaya” yang bermaksud tempat bersalji.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara yang merujuk kepada orang Indo-Melayu atau Austronesia yang bergerak dari Yunan.
5. Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu
- pengertian yang luas
- pengertian yang sempit
1.1 Pengertian yang luas
Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.
1.2 Pengertian yang sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti:
- lazimnya berbahasa Melayu
- berkebudayaan Melayu
- beragama Islam ( yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )
1.3 Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi)Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah
- orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
-orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga )
- ada beragama Budha, Kristian
- orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak
- ada beragama Kristian
- orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah
-tiada agama, lain-lain agama
1.4 Tafsiran Melayu mengikut pengertian Ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern, kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal dari satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut Ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.
2.Salasilah bahasa Melayu dan hipotesis tempat asal bahasa Melayu.
Huraian salasilah bahasa bahasa Melayu dalam rumpun Austronesia menggunakan skema perkembangan bahasa Melayu daripada filum Austris kepada bahasa Melayu moden. Terdapat beberapa teori tentang perkembangan bangsa dan bahasa Melayu. Teori tersebut belum selesai dibuktikan tetapi alasan-alasan yang dikemukakan bolehlah dibuat pegangan.
3. Von Heine Geldern berpendapat bahawa Kebudayaan Dong Son ( kebudayaan orang-orang darat Mon-Khmer ) bertanggungjawab terhadap pengembangan bahasa-bahasa kepulauan Melayu. Tempat lahirnya kebudayaan ini ialah di daerah-daerah Champa, Cochin-Cina dan Kampuchea. Geldern juga berpendapat bahawa asal kebudayaan Dong Son ini ialah di daerah Yunan, Selatan China. Kebudayaan ini dinamakan Kebudayaan Dongson kerana mengambil sempena tempat penemuan yang pertama yang bernama Dong Son di Annam Utara.
4. Lojik teori ini ialah terjumpanya kapak beliung segi panjang (rectangular axe) mengikut jaluran perjalanan iaitu di lembah Hoang-Ho, Yangtse, Mekong, Salween, Irrawaddy dan seluruh kepulauan Melayu. Ini menunjukkan arah pergerakan orang-orang kuno tersebut.
5. Orang-orang dari Yunan telah mengembara ke selatan pada tahun 2,500 Sebelum Masehi. Ini ialah puak/kumpulan pertama daripada kumpulan manusia yang dinamakan Indo-Melayu atau Austronesia. Mereka telah menjadi asas penduduk Asia Tenggara ketika itu. Puak mereka ini diberi nama Melayu Proto.
6. Kira-kira 1500 Sebelum Masehi, bergerak pula puak/kumpulan kedua yang lebih besar. Mereka menduduki kawasan-kawasan subur di pesisir pantai dan menghalau puak yang pertama lari ke dalam hutan. Meraka diberi nama Melayu Deutro. Kumpulan mereka sangat mahir dalam kerja-kerja pelayaran, ilmu bintang dan firasat.
7. Golongan Melayu Proto yang dihalau tadi dipisahkan oleh faktor-faktor goegrafi sehingga akhirnya mereka hidup terpisah-pisah. Keturunan-keturunan mereka dikenali sebagai Semang, Jakun, Jahut, Senoi, Negrito dan banyak lagi yang dikenali sebagai orang asli.
8. Golongan Melayu Deutro pula yang pandai dalam ilmu pelayaran telah mengembara dan membuka penempatan-penempatan baru di seluruh kepulauan Nusantara dan luar Nusantara. Mereka juga terpisah oleh faktor-faktor geografi antara satu sama lain. Ini menyebabkan bangsa dan bahasa mereka terpisah dan berkembang mengikut perkembangan penuturnya. Perkembangan secara terasing inilah akhirnya mewujudkan bahasa-bahasa dan dialek-dialek yang berlainan seperti bahasa Iban, Tagalog, Minangkabau, Jawa, Formosa, Batan, Bisaya dan banyak lagi yang pada asalnya bahasa-bahasa tersebut dari rumpun yang sama
9. Bahasa-bahasa tersebut mempunyai kata-kata dan sistem bunyi yang agak berlainan tetapi jika dibuat penyelidikan yang mendalam kita akan mendapati banyak persamaan yang menunjukkan bahawa bahasa-bahasa itu asalnya serumpun. Bahasa asal itu sebenarnya dinamakan bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu Proto.
10. Teori yang mengatakan asal usul orang Melayu dan bahasa Melayu dari Asia Tengah ( teori yang dinyatakan di atas ) didokong kuat oleh Geldern H. R. Walau bagaimanapun teori beliau ini didapati lemah kerana alasan kapak beliung segi tiga tidak kukuh kerana kapak jenis yang sama juga dijumpai di Amerika dan Eropah.
11. Teori kedua yang lebih tepat dan menolak teori pertama tadi ialah teori yang dikemukakan oleh Gorys Geraf. Geraf mengatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara. Menurut Geraf negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina.
12. Sarjana tempatan, Asmah Hj. Omar pula mengatakan Kepulauan Melayu atau Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya sendiri. Mereka sudah menetap di Nusantara sejak 8000 SM.
13. Sutan Takdir Alisjahbana pula mengatakan bahawa bangsa Melayu terdiri daripada bangsa-bangsa yang hidup di Asia Tenggara, iaitu di negara Thai Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina Selatan. Bangsa-bangsa ini mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang berlainan daripada bangsa-bangsa Cina di Asia Utara dan bangsa-bangsa India di Asia Barat.
Konsep Keluarga
Bahasa yang memperlihatkan penyimpangan yang agak sedikit disebut sebagai bahasa yang sekeluarga iaitu bahasa yang tergolong dalam satu keluarga yang sama. Jadi, sesuatu keluarga bahasa itu terdiri daripada beberapa bahasa yang dipanggil subkeluarga/subkelompok.
Bermula dari ibu bahasa yang diberi nama bahasa-bahasa Austris ( satu cabang penting daripada filum bahasa dunia ), berpecahlah kepada tiga rumpun besar yang menguasai lebih separuh daripada benua Asia iaitu Bahasa-bahasa Austro-Asia, Bahasa-bahasa Tibeto-Cina dan Bahasa-bahasa Austronesia. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang utama iaitu Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.
Dalam perbendaharaan kata, bahasa-bahasa itu sendiri banyak mempunyai persamaan yang menarik perhatian dan membutikan bahawa bahasa-bahasa ini serumpun dan berasal daripada satu, iaitu daripada bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Proto.
Bahasa Melayu merupakan subkeluarga bagi keluarga Indonesia atau Sumatera. Subkeluarga merupakan bahasa yang berada di bawah golongan keluarga sesuatu bahasa. Keluarga bahasa pula merupakan unsur yang berada di dalam rumpun bahasa yang lebih besar. Manakala rumpun bahasa pula berada di bawah satu filum bahasa. Secara istilahnya, maksudnya adalah seperti berikut:
1. Filum : Kelompok bahasa yang lama waktunya 5,000 tahun
2. Rumpun : Sekumpulan bahasa yang mempunyai usia antara 2,500 hingga 5, 000 tahun.
3. Keluarga : Sekumpulan bahasa yang usianya kurang daripada 2,500 tahun
Profesor Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di bawah)
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Contoh Soalan:
1. Bahasa Melayu yang termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia adalah daripada keluarga
A. Polinesia
B. Melanesia
C. Nusantara
D. Austroasia
(Soalan 17, STPM 2000)
2. Antara yang berikut, yang manakah bahasa yang termasuk dalam kategori “keluarga” dalam kajian asal usul bahasa berdasarkan usia?
I Formosa
II Polinesia
III Melanesia
IV Austronesia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
(Soalan STPM 2005, No. 11)
Bahasa Melayu merupakan ahli keluarga/ subkeluarga bahasa Indonesia/Sumatera, manakala keluarga bahasa Indonesia/Sumatera pula ialah keluarga bahasa di bawah rumpun bahasa Austronesia. Keluarga bahasa yang lain di bawah rumpun Austronesia ialah Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.
Rumpun bahasa Austronesia pula ialah rumpun bahasa yang berada di bawah Filum Austris. Terdapat beberapa Filum bahasa yang lain yang melahirkan jurai rumpun, keluarga dan subkeluarga yang lain pula.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam keluarga Nusantara dan di bawah rumpun Bahasa Austronesia. Keluarga Nusantara ini mempunyai kira-kira 200 - 300 bahasa yang menjadi subkeluarga. Bahasa Melayu pula berada dalam subkeluarga Sumatera.
Sumber:http://bmstpm.blogspot.com/2007/06/konsep-melayu-dan-hipotesis-asal-usul.html
Ahad, 11 Mac 2012
Selasa, 29 November 2011
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4(1)
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 4
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 15 orang
Tema : Minggu Kokurikulum
Tajuk : Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama (Kemahiran Menulis)
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
Aras 2(i) Menulis ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik
Fokus Sampingan (Kemahiran membaca, bertutur dan Mendengar)
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan
tersirat.
Aras 1 Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan
maklumat yang tersurat
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dan tepat.
Aras 2 (i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
1) Menulis lima ayat huraian dengan tulisan berangkai berdasarkan teks dengan betul.
2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
3) Menyatakan lima maklumat penting berdasarkan pengumuman yang dibaca
Strategi Pengajaran : 1.Koperatif – Kerja berkumpulan
2.Direktif - Penerangan
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa : Ayat huraian, Kosa kata
Pengisian Kurikulum : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
1. Kemahiran Berfikir:- Menjana idea, merumus, Membanding beza
2 .Kecerdasan Pelbagai- Interpersonal, verbal linguistik, Interpersonal,
Intrapersonal
Nilai: Bekerjasama, berusaha, rajin, patuh
Pengetahuan Sedia Ada : Murid- murid sudah mengetahui cara menulis tulisan berangkai dan
mengetahui cara menulis ayat huraian dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Video, slaid, kad manila, kad
ayat . Langkah | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set induksi (5 minit) | Aktiviti Kokurikulum | 1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran yang lepas. 2. Guru meminta murid menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terdapatdi sekolah. Contoh : Kelab Olahraga, Silat | 1.Murid memberi idea berkaitan aktiviti kokurikulum. 2.Murid memberi dan menamakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah | Strategi/Teknik: Penerangan Konstektual BBM:Slaid, Tayangan video Nilai: Tolenrasi KBT: Kecerdasan pelbagai: 1. Verbal linguistik KBKK: Mengeluarkan idea |
Langkah 1 (15minit) | Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri –Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 halaman 50 | 1.Guru mempamerkan gambar seni mempertahankan diri menggunakan slaid dan berbincang tentangnya. 2. Murid diminta membaca notis dalam buku teks secara senyap 3. Guru meminta beberapa murid ke depan untuk menghebahkan notis yang telah dibaca. 4. Guru menyuruh semua murid membaca secara kuat notis yang dihebahkan tadi 5. Guru memberi penerangan tentang isi notis yang dipelajari | 1. Murid memerhati gambar Seni mempertahankan diri yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid membaca notis secara senyap. 3. Murid tampil ke hadapan kelas menghebahkan maklumat dalam notis yang dibaca. 4. Murid –murid membaca semula notis yang dimaksudkan, 5. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. | Strategi/Teknik: Penerangan secara Kelas, Koperatif BBM: Gambar(Powerpoint) Buku Teks Nilai: Bekerjasama KBT: Belajar cara Belajar Kecerdasan pelbagai: 1. Verbal linguistik KBKK: Mengeluarkan idea Nilai: Berani |
Langkah 2 (20 minit) | Tulisan Berangkai Pembentangan Kerja Kumpulan | 1. Guru meminta murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan. 2. Guru mengedarkan kad manila kepada murid . 3. Guru meminta murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas. 4. Guru meminta murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku masing-masing. | 1.Murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan. 2. Murid menulis jawapan pada kad manila yang diberi guru. 3. Murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas. 4. Murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku masing-masing. | Strategi/Teknik: Penerangan secara Kelas, Koperatif BBM: kad manila Buku Teks, Nilai: Bekerjasama KBT: Belajar cara Belajar Kecerdasan pelbagai: 1. Verbal linguistik KBKK: Mengeluarkan idea Nilai: Berani |
Langkah 3 (15 minit) | Membina ayat dengan tulisan berangkai | 1.Guru menerangkan dan memberikan contoh ayat berangkai kepada murid. 2. Guru meminta murid membina ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai. 3. Guru meminta beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada rakan-rakan yang lain. | 1.Murid mendengar penenerangan guru. 2. Murid membina lima ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai ke dalam buku tulis masing-masing. 3. Beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada murid lain. | Strategi/Teknik: Penerangan secara Kelas, BBM: kad manila Buku Teks, Nilai: Bekerjasama KBT: Belajar cara Belajar Kecerdasan pelbagai: 1. Verbal linguistic 2. Intrapersonal KBKK: menjana idea Nilai: Rajin |
Penutup (5minit) | Teguran dan Nilai murni | 1. Guru merumus isi pelajaran dengan memberi tegasan serta teguran tentang tulisan yang kemas dan kesalahan ejaan. 2. Guru memuji hasil kerja murid yang baik dan berkualiti, 3.Guru bersoaljawab tentang kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum dan kepentingan menghargai masa dan menggunakan masa lapang dengan bijak. | 1. Murid mendengar dengan teliti teguran dan tegasan murid tentang tulisan dan ejaan. 2.Murid menerima pujian dengan ikhlas dan berusaha membaiki kelemahan. 3. Murid menyatakan kebaikan menyertai kokurikulum dan menyedari cara menggunakan masa lapang dengan berfaedah | Strategi/Teknik: Penerangan secara Kelas, BBM: Buku Teks, Nilai: rajin, patuh KBT: Belajar cara Belajar Kecerdasan pelbagai: 1. Verbal linguistic 2. Intrapersonal KBKK: menjana idea |
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sebelum P & P
Sebelum mengajar, rancangan saya selepas mengajar kefahaman dan teks pada hari pertama iaitu Isnin, saya akan mengajar kemahiran menulis dan diselitkan dengan pengajaran tatabahasa. Bagi saya, (saya rasa guru bahasa yang lain pun buat perkara yang sama), tatabahasa memang sepatutnya diajar setiap hari walaupun cuma memasukkan satu tajuk kecil kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis tulisan berangkai jarang diajar kerana saya lebih fokus kepada kemahiran memperluaskan binaan ayat. Tapi kali ini saya rasa, pelajar saya akan berminat mempelajari teknik menulis tulisan berangkai. Kemahiran menulis tulisan berangkai kali ini adalah kesinambungan daripada kemahiran yang pernah dipelajari semasa di kelas-kelas sebelum ini.
Semasa P & P
Bahan bantu mengajar saya amat konvensional. Saya lebih banyak menggunakan papan kapur. Setiap kali menunjukkan contoh dan menegur kesilapan murid, saya banyak bergantung kepada papan tulis. Ada juga contoh yang sudah dipamirkan dengan menggunakan kertas sebak. Pelajar lupa bagaimana menulis tulisan berangkai dengan betul. Para pelajar lupa teknik menyambung setiap huruf dengan betul.
Kelemahan P & P
Kelemahan saya amat ketara kerana saya lebih banyak menyuruh murid membaca walaupun kemahiran fokus saya ialah menulis. Dari aspek penyediaan soalan latihan, saya hanya meminta murid membina ayat dalam bentuk tulisan berangkai sahaja seolah-olah saya tidak mengembangkan kemahiran KBKK murid-murid dan tidak menyediakan latihan susulan yang lain. Aktiviti berkumpulan yang saya sediakan kurang mencabar kerana saya hanya meminta murid menyalin semula. Walaupun aktiviti berkumpulan dijalankan, namun hanya segelintir sahaja yang aktif melibatkan diri.
Kekuatan P & P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya dapat diikuti oleh murid kerana saya menggunakan arahan yang mudah. Murid faham dan dapat melakukan setiap aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran yang disediakan. Murid diterangkan tentang petikan notis jadi murid akan dapat membezakan petikan teks bacaan biasa dengan petikan notis.
Tindakan susulan/Penambahbaikan
Untuk penambahbaikan saya akan cuba mempelbagaikan latihan terutama yang berfokus dengan kosa kata iaitu murid akan mengisi tempat kosong dan menyalin ayat-ayat soalan menggunakan tulisan berangkai (agar tidak lari daripada kemahiran yang hendak diajar)
Contoh Latihan:
1. Salin ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai dan isikan tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai.
2. Bina sebuah karangan dengan menggunakan tulisan sepanjang 80 patah perkataan.
3. Bina empat rangkap pantun 4 kerat dengan menggunakan tulisan berangkai.
Dari aspek pedagogi, saya akan merancang pengajaran dan latihan yang berkesan kepada murid dengan berpandukan aras kecerdasan murid di dalam kelas.
Dalam pelaksanaan aktiviti berkumpulan, murid-murid akan digalakkan mencuba dan bersikap berani agar ada sikap jaya diri disemai.
Jumaat, 18 November 2011
SEKITAR AKTIVITI LATIHAN KESELAMATAN DI AIR
REFLEKSI LATIHAN KESELAMATAN DI AIR
Latihan Keselamatan di air adalah salah satu aktiviti penting untuk para pelajar di pedalaman, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di tebing-tebing sungai. Kebanyakan murid-murid yang bersekolah di sini, menetap di sepanjang Batang Rajang. Pengangkutan air adalah jalan utama. Latihan ini yang dikelolakan oleh Unit Hem melibatkan semua warga sekolah
. Sebelum latihan praktikal dilakukan, para pelajar terlebih dahulu diberikan taklimat dan ceramah tentang cara-cara memakai jaket keselamatan dan cara menyelamatkan diri oleh para warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid. Latihan ini merupakn aktiviti yang sering ditunggu-tunggu kerana para pelajar berpeluang bermain air. Sedangkan pada hari biasa, mereka dilarang keras menghampiri sungai atas sebab-sebab keselamatan.

Sebaik sahaja selesai diberi taklimat dan ceramah, para pelajar akan diminta bergerak secara kumpulan. Mereka akan berkumpul di tebing sementara menunggu arahan seterusnya. Walaupun hampir 100% murid-murid ini pandai berenang, sebagai guru yang bimbangkan keselamatan mereka, pengawasan tetap dijalankan sepenuhnya. Saya sendiri sebenarnya tak pandai berenang.

Beberapa orang guru dan AJK keselamatan yang lain akan mengambil tempat masing-masing( di sungai). Kami menggunakan perahu dan biasanya waktu yang sesuai untuk menjalankan latihan ialah waktu petang pada musim air cetek. Hal yang demikian, jika dijalankan pada musim hujan, keadaan air deras dan bahaya untuk para pelajar.
Semasa aktiviti latihan, pelajar akan didedahkan cara dan teknik menyelamatkan diri dan rakan dalam berkumpulan dan individu. Pelajar yang besar akan diminta menyelamatkan pelajar kecil , biasanya tahap satu. Aktiviti ini sangat bermanfaat dan mendedahkan tentang penggunaan jaket keselamatan dengan betul. Tanpa pendedahan ini, ramai yang tidak tahu cara mengapungkan badan andainya terjatuh ke dalam sungai dari perahu terutama ketika perahu karam dan menempun arus yang deras.
Ada juga beberapa orang murid yang menangis ketakutan semasa latihan, biasanya murid Tahun 1.Namun akhirnya mereka berjaya ditenangkan. Murid-murid yang 'direnangkan' secara bergilir-gilir akan cuba berenang hingga sampai ke tebing. Perkara utama dalam aktiviti ini ialah pengetahuan murid tentang cara menggunakan jaket keselamatan dengan betul di samping mengawal emosi jika terjadi musibah di air. Latihan ini adalah salah satu elemen yang perlu mereka belajar di sekolah selain belajar berkaitan dengan akademik. Dengan adanya latihan seperti ini, aktiviti pembelajaran murid berkaitan keselamatan dapat dirasai sendiri.
Setelah selesai latihan praktikal di air, para pelajar diminta berkumpul. Ketika inilah para pelajar akan diberi teguran tentang kesilapan semasa latihan dan peringatan-peringatan berguna. Mereka juga akan ditanya tentang perasaan dan ketakutan yang dirasai semasa latihan. Bagi saya, saya amat berterima kasih kepada para AJK yang telah aktif bertugas ketika latihan ini. Sebagai PKHEM, saya sangat bersyukur kerana aktiviti berjaya dilakukan walau tanpa alat yang canggih seperti bot, atau yang lain-lain.
Latihan Keselamatan di air adalah salah satu aktiviti penting untuk para pelajar di pedalaman, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di tebing-tebing sungai. Kebanyakan murid-murid yang bersekolah di sini, menetap di sepanjang Batang Rajang. Pengangkutan air adalah jalan utama. Latihan ini yang dikelolakan oleh Unit Hem melibatkan semua warga sekolah
. Sebelum latihan praktikal dilakukan, para pelajar terlebih dahulu diberikan taklimat dan ceramah tentang cara-cara memakai jaket keselamatan dan cara menyelamatkan diri oleh para warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid. Latihan ini merupakn aktiviti yang sering ditunggu-tunggu kerana para pelajar berpeluang bermain air. Sedangkan pada hari biasa, mereka dilarang keras menghampiri sungai atas sebab-sebab keselamatan.
Sebaik sahaja selesai diberi taklimat dan ceramah, para pelajar akan diminta bergerak secara kumpulan. Mereka akan berkumpul di tebing sementara menunggu arahan seterusnya. Walaupun hampir 100% murid-murid ini pandai berenang, sebagai guru yang bimbangkan keselamatan mereka, pengawasan tetap dijalankan sepenuhnya. Saya sendiri sebenarnya tak pandai berenang.
Beberapa orang guru dan AJK keselamatan yang lain akan mengambil tempat masing-masing( di sungai). Kami menggunakan perahu dan biasanya waktu yang sesuai untuk menjalankan latihan ialah waktu petang pada musim air cetek. Hal yang demikian, jika dijalankan pada musim hujan, keadaan air deras dan bahaya untuk para pelajar.
Semasa aktiviti latihan, pelajar akan didedahkan cara dan teknik menyelamatkan diri dan rakan dalam berkumpulan dan individu. Pelajar yang besar akan diminta menyelamatkan pelajar kecil , biasanya tahap satu. Aktiviti ini sangat bermanfaat dan mendedahkan tentang penggunaan jaket keselamatan dengan betul. Tanpa pendedahan ini, ramai yang tidak tahu cara mengapungkan badan andainya terjatuh ke dalam sungai dari perahu terutama ketika perahu karam dan menempun arus yang deras.
Ada juga beberapa orang murid yang menangis ketakutan semasa latihan, biasanya murid Tahun 1.Namun akhirnya mereka berjaya ditenangkan. Murid-murid yang 'direnangkan' secara bergilir-gilir akan cuba berenang hingga sampai ke tebing. Perkara utama dalam aktiviti ini ialah pengetahuan murid tentang cara menggunakan jaket keselamatan dengan betul di samping mengawal emosi jika terjadi musibah di air. Latihan ini adalah salah satu elemen yang perlu mereka belajar di sekolah selain belajar berkaitan dengan akademik. Dengan adanya latihan seperti ini, aktiviti pembelajaran murid berkaitan keselamatan dapat dirasai sendiri.
Setelah selesai latihan praktikal di air, para pelajar diminta berkumpul. Ketika inilah para pelajar akan diberi teguran tentang kesilapan semasa latihan dan peringatan-peringatan berguna. Mereka juga akan ditanya tentang perasaan dan ketakutan yang dirasai semasa latihan. Bagi saya, saya amat berterima kasih kepada para AJK yang telah aktif bertugas ketika latihan ini. Sebagai PKHEM, saya sangat bersyukur kerana aktiviti berjaya dilakukan walau tanpa alat yang canggih seperti bot, atau yang lain-lain.
Ahad, 16 Oktober 2011
Khamis, 29 September 2011
Ahad, 25 September 2011
AYAT TUNGGAL
AYAT TUNGGAL
1. Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian yang diterangkan manakala predikat
bahagian yang menerangkan.
bahagian yang menerangkan.
3. Binaan ayat tunggal menyamai ayat dasar.
4. Kebanyakan ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata.
Contoh Ayat Tunggal
1. Karim ialah seorang guru.
2. Buah betik sangat sedap.
3. Cerita itu sungguh sedih.
4.Pemuda itu sangat tampan.
5.Pak Abu terlupa makan ubat.
6.Encik Nordin pergi ke hospital.
7.Johari suka makan durian.
8.Susila hendak membeli tepung.
Langgan:
Catatan (Atom)