Jumaat, 18 November 2011

SEKITAR AKTIVITI LATIHAN KESELAMATAN DI AIR

REFLEKSI LATIHAN KESELAMATAN DI AIR



Latihan Keselamatan di air adalah salah satu aktiviti penting untuk para pelajar di pedalaman, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di tebing-tebing sungai. Kebanyakan murid-murid yang bersekolah di sini, menetap di sepanjang Batang Rajang. Pengangkutan air adalah jalan utama. Latihan ini yang dikelolakan oleh Unit Hem  melibatkan semua warga sekolah






. Sebelum latihan praktikal dilakukan, para pelajar terlebih dahulu diberikan taklimat dan ceramah tentang cara-cara memakai jaket keselamatan dan cara menyelamatkan diri oleh para warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid. Latihan ini merupakn aktiviti yang sering ditunggu-tunggu kerana para pelajar berpeluang bermain air. Sedangkan pada hari biasa, mereka dilarang keras menghampiri sungai atas sebab-sebab keselamatan.


Sebaik sahaja selesai diberi taklimat dan ceramah, para pelajar akan diminta bergerak secara kumpulan. Mereka akan berkumpul di tebing sementara menunggu arahan seterusnya. Walaupun hampir 100% murid-murid ini pandai berenang, sebagai guru yang bimbangkan keselamatan mereka, pengawasan tetap dijalankan sepenuhnya. Saya sendiri sebenarnya tak pandai berenang.




Beberapa orang guru dan AJK keselamatan yang lain akan mengambil tempat masing-masing( di sungai). Kami menggunakan perahu dan biasanya waktu yang sesuai untuk menjalankan latihan ialah waktu petang pada musim air cetek. Hal yang demikian, jika dijalankan pada musim hujan, keadaan air deras dan bahaya untuk para pelajar.




Semasa aktiviti latihan, pelajar akan didedahkan cara dan teknik menyelamatkan diri dan rakan dalam berkumpulan dan individu. Pelajar yang besar akan diminta menyelamatkan pelajar kecil , biasanya tahap satu. Aktiviti ini sangat bermanfaat dan mendedahkan tentang penggunaan jaket keselamatan dengan betul. Tanpa pendedahan ini, ramai yang tidak tahu cara mengapungkan badan andainya terjatuh ke dalam sungai dari perahu terutama ketika perahu karam dan menempun arus yang deras.



Ada juga beberapa orang murid yang menangis ketakutan semasa latihan, biasanya murid Tahun 1.Namun akhirnya mereka berjaya ditenangkan. Murid-murid yang  'direnangkan' secara bergilir-gilir akan cuba berenang hingga sampai ke tebing. Perkara utama dalam aktiviti ini ialah pengetahuan murid tentang cara menggunakan jaket keselamatan dengan betul di samping mengawal emosi jika terjadi musibah di air. Latihan ini adalah salah satu elemen yang perlu mereka belajar di sekolah selain belajar berkaitan dengan akademik. Dengan adanya latihan seperti ini, aktiviti pembelajaran  murid berkaitan keselamatan dapat dirasai sendiri.


Setelah selesai latihan praktikal di air, para pelajar diminta berkumpul. Ketika inilah para pelajar akan diberi teguran tentang kesilapan semasa latihan dan peringatan-peringatan berguna. Mereka juga akan ditanya tentang perasaan dan ketakutan yang dirasai semasa latihan. Bagi saya, saya amat berterima kasih kepada para AJK yang telah aktif bertugas ketika latihan ini. Sebagai PKHEM, saya sangat bersyukur kerana aktiviti berjaya dilakukan walau  tanpa alat yang canggih seperti bot, atau yang lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan