Arahan : Nyatakan betul atau salah.
- Ibu sedang memasak nasi di dapur. ( )
- Ibu sedang menjerang nasi di dapur. ( )
- Ibu sedang menanak nasi di dapur. ( )
- Aminah akan ke bandar esok hari. ( )
- Aminah akan kepada bandar esok hari. ( )
- Aminah akan pergi ke bandar esok hari. ( )
- Aminah akan di bandar esok hari. ( )
- Salmi dan Raju hendak ke perpustakaan. ( )
- Salmi dan Raju hendak perpustakaan.( )
- Salmi dan Raju hendak di perpustakaan .( )
- Mereka akan ke Bekenu sebelum pulang ke Sibu.( )
- Mereka akan ke Bekenu sebelum pulang daripada Sibu. ( )
- Mereka akan ke Bekenu sebelum pulang kepada Sibu.( )
- Kamariah suka makan ayam dengan ikan goreng.( )
- Kamariah suka makan ayam dan ikan goreng. ( )
- Kamariah suka makan ayam atau ikan goreng. ( )
- Kamariah suka makan ayam manakala ikan goreng. ( )
- Sakaran telah menjumpai setandan barang kemas di tepi tasik ( )
- Sakaran telah menjumpai seguni barang kemas di tepi tasik . ( )
- Lombong arang batu akan ditutup tidak lama lagi. ( )
- Cuti sekolah sempena Tahun baru Cina akan bermula di hari Khamis.( )
- Rama-rama ialah sejenis serangga bahawa suka menghisap madu. ( )
- Saya sekeluarga amat menyayangi Kumari. ( )
- Ayah bangun dari sofa dan terus menuju ke dapur. ( )
- Roslan berasa sangat dahaga dan berusaha untuk mencari air. ( )
- Mak Habsah sedang meragut rumput di tepi bangal itu. ( )
- Ayah sedang berehat apabila membaca suratkhabar. ( )
- Rayuan Soloman tidak dipedulikan langsung oleh ibunya. ( )
- Wak Karman bekerja sebagai petani di samping mencari akar-akar rotan di hutan.( )
- Saya berharap kecuali kita dapat berjumpa lagi. ( )
- Zulaikha mengulang kaji pelajarannya sampai larut malam. ( )
- Munirah melonjak kegembiraan lalu diumumkan sebagai pemenang.( )
- Encik Mohd. Faizal ke Belanda semalam. ( )
- Harry rajin belajar sedangkan adiknya malas. ( )
- Puncak bukit itu diselubungi kabus tebal setiap pagi. ( )
- Orang kaya itu tidak suka menunjuk-nunjuk apabila dia kaya dan berharta.( )
- Jelina belum membayar yuran kelab itu. ( )
- Salina berlari sambil pantas kerana dikejar anjing. ( )
- Sungguh meriah sambutan hari Kebangsaan itu. ( )
- Dia menyimpan wang supaya dapat membeli sebuah kamera. ( )
- Gajah ialah seekor pokok yang besar. ( )
- Pokok itu tumbuh di sepanjang pantai ( )
- Hujan lebat yang turun tadi menumbuhkan banjir. ( )
- Kanak-kanak memang suka makan makanan ringan. ( )
- Jalan itu menuju ke Pantai Cahaya Bulan. ( )
- Para-para petani sedang menuai padi. ( )
- Kasut yang saya membeli itu sangat mahal. ( )
- Keluarga Julia tinggal di atas Hollywood. ( )
- Karangan itu ditulis oleh abang saya. ( )
- Siapa nama kamu? ( )
- Wah, cantiknya gambar itu! ( )
- Tolong letakkan kasut kamu di luar bilik ini. ( )
- Amran suka menangkap ikan pada waktu petang selepas dia bermain bola. ( )
- Jangan bermain di tepi lombong itu supaya tidak kamu akan dimarahi oleh ayah . ( )
- Pokok durian lambat berbuah. ( )
- Kek yang baru dibelinya itu lembut sekali. ( )
- Lapangan terbang yang kecil itu akan diperbesarkan. ( )
- Dia menjadi seorang yang pendiam manakala ibunya meninggal dunia. ( )
- Perangai bakhil hendaklah dielakkan. ( )
- Ikan bawal yang dikukus itu sudah masak. ( )
- Wang palsu itu tidak laku. ( )
- Kawasan yang lapang itu sesuai untuk merebus jagung. ( )
- Hari ini rancangan itu mungkindibatalkan. ( )
Pn, selamat sejahtera, saya mendapati bahawa blog yang pn tulis sangat berharga, bolehkah saya berkongsi latihan-latihan tersebut di laman www.rtest.org? Saya rasa maklumat yang dikongsikan dapat memanfaatkan ramai orang, maka saya cuba meminta keizinan drpd Pn supaya membenarkan saya kongsikan maklumat tersebut di rtest.org... ataupun pn boleh mendaftar satu akaun di rtest.org, dan berkongsi atas nama pn... ok?
BalasPadam