Kapit- Destinasi pertama apabila bergelar guru. Sehingga kini , masih lagi berkhidmat di sini.Jalan air adalah perhubungan utama terutama ketika musim hujan. Namun apabila kemarau , lain ceritanya.
Myschoolnet- Jaringan jalur lebar- Kadangkala baik, kadangkala perlahan ...itulah sumber perhubungan ke dunia luar.Tanpa mengira masa, sangat bermanfaat bagi kami, pendidik luar bandar untuk mengetahui perkembangan dunia luar.
1Malaysia- Para guru dan AKS dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk Semenanjung dan pelbagai bangsa-Cina, Iban, Kayan, Bidayuh, Melayu dan bumiputera lain bersama berbakti di sini.-Sekolah Kebangsaan Nanga Peraran, Kapit.
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu..
BalasPadamTeruskan menulis bingkisan syahdu dari pedalaman Sarawak. Semoga dengan sedikit coretan, mampu memberi inspirasi kepada semua guru baru yang lain yang bakal ditempatkan di pedalaman Sarawak khasnya. Semoga Allah merahmati perjuangan cikgu. Dan ingatlah, setiap kesusahan adalah secebis inti perjuangan kita sebagai dae di muka bumi Allah.
Salam ukhuwwah fillah fi abadan abada..