Selasa, 29 November 2011

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4(1)


Mata pelajaran             :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           Tahun 4
Tarikh                          :           16 Mei 2011
Masa                            :           60 minit
Bilangan Murid           :             15 orang
Tema                           :           Minggu Kokurikulum
Tajuk                           :           Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri
Hasil Pembelajaran 
Fokus Utama (Kemahiran Menulis)
            8.3             Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
            Aras 2(i)    Menulis ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik
Fokus Sampingan (Kemahiran membaca, bertutur dan Mendengar)
           7.1               Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan  
                               tersirat.
            Aras 1        Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan 
                               maklumat yang tersurat
            2.2              Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai
                               dan tepat.
         Aras 2 (i)       Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.

Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
               1) Menulis lima ayat huraian dengan tulisan berangkai berdasarkan teks dengan betul.
               2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
               3) Menyatakan lima maklumat penting berdasarkan pengumuman yang dibaca

Strategi Pengajaran     :         1.Koperatif – Kerja berkumpulan
                                               2.Direktif - Penerangan
 Kemahiran Bahasa     :          Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
 Sistem Bahasa             :         Ayat huraian, Kosa kata
 Pengisian Kurikulum  :          Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
 Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
                                           1. Kemahiran Berfikir:- Menjana idea, merumus, Membanding beza
                                           2 .Kecerdasan Pelbagai- Interpersonal, verbal linguistik, Interpersonal,
                                               Intrapersonal
 Nilai:                                     Bekerjasama, berusaha, rajin, patuh
 Pengetahuan Sedia Ada :      Murid- murid sudah mengetahui cara menulis tulisan berangkai dan
                                            mengetahui cara menulis ayat huraian dengan betul.
 Bahan Bantu Mengajar :    Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Video, slaid, kad manila, kad
                                              ayat  .                              

   Langkah

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
(5 minit)

Aktiviti Kokurikulum
1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran yang lepas.


2. Guru meminta murid menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terdapatdi sekolah.

Contoh : Kelab Olahraga, Silat
1.Murid memberi idea berkaitan aktiviti kokurikulum.

2.Murid memberi dan menamakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah
Strategi/Teknik:
Penerangan
Konstektual

BBM:Slaid, Tayangan video

Nilai: Tolenrasi

KBT:

Kecerdasan pelbagai:

1. Verbal linguistik

KBKK: Mengeluarkan idea
Langkah 1 (15minit)

Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri –Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 halaman 50
1.Guru mempamerkan gambar seni mempertahankan diri menggunakan slaid dan berbincang tentangnya.



2. Murid diminta membaca notis dalam buku teks  secara senyap

3. Guru meminta beberapa murid ke depan untuk menghebahkan notis yang telah dibaca.

4. Guru menyuruh semua murid membaca secara kuat notis yang dihebahkan tadi

5. Guru memberi penerangan tentang isi notis yang dipelajari
1. Murid memerhati gambar Seni mempertahankan diri yang ditunjukkan oleh guru.

2. Murid membaca notis  secara senyap.

3. Murid tampil ke hadapan kelas menghebahkan maklumat dalam notis yang dibaca.

4. Murid –murid membaca semula notis yang dimaksudkan,

5. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas, Koperatif

BBM: Gambar(Powerpoint)
Buku Teks


Nilai: Bekerjasama

KBT:
Belajar cara Belajar

Kecerdasan pelbagai:

1. Verbal linguistik

KBKK: Mengeluarkan idea

Nilai: Berani



Langkah 2
(20 minit)

Tulisan Berangkai

Pembentangan Kerja Kumpulan


1. Guru meminta murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan.

2. Guru mengedarkan kad manila kepada murid .
3. Guru meminta murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas.
4. Guru meminta murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku masing-masing.


1.Murid menulis notis yang dibaca dengan tulisan berangkai secara berkumpulan.

2. Murid menulis jawapan pada kad manila yang diberi guru.

3. Murid membentangkan hasil penulisan di hadapan kelas.

4. Murid menyalin pengumuman tadi dengan tulisan berangkai ke dalam buku masing-masing.

Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas, Koperatif

BBM: kad manila
Buku Teks,


Nilai: Bekerjasama

KBT:
Belajar cara Belajar

Kecerdasan pelbagai:

1. Verbal linguistik

KBKK: Mengeluarkan idea

Nilai: Berani

Langkah 3
(15 minit)

Membina ayat dengan tulisan berangkai

1.Guru menerangkan dan memberikan contoh ayat berangkai kepada murid.



2. Guru meminta murid membina ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai.


3. Guru meminta beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada rakan-rakan yang lain.

1.Murid mendengar penenerangan guru.


2. Murid membina lima ayat huraian berdasarkan notis dengan tulisan berangkai ke dalam buku tulis masing-masing.

3. Beberapa orang murid membacakan hasil penulisan mereka kepada murid lain.


Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas,

BBM: kad manila
Buku Teks,

Nilai: Bekerjasama

KBT:
Belajar cara Belajar

Kecerdasan pelbagai:

1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal

KBKK: menjana idea
Nilai: Rajin
Penutup
(5minit)

Teguran dan Nilai murni
1. Guru merumus isi pelajaran dengan memberi tegasan serta teguran tentang tulisan yang kemas dan kesalahan ejaan.

2. Guru memuji hasil kerja murid yang baik dan berkualiti,

3.Guru bersoaljawab tentang kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum dan kepentingan menghargai masa dan menggunakan masa lapang dengan bijak.
1. Murid mendengar dengan teliti teguran dan tegasan murid tentang tulisan dan ejaan.

2.Murid menerima pujian dengan ikhlas dan berusaha membaiki kelemahan.

3. Murid menyatakan kebaikan menyertai kokurikulum dan menyedari cara menggunakan masa lapang dengan berfaedah
Strategi/Teknik:
Penerangan secara Kelas,

BBM: Buku Teks,


Nilai: rajin, patuh

KBT:
Belajar cara Belajar

Kecerdasan pelbagai:

1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal

KBKK: menjana idea

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sebelum P & P

Sebelum mengajar, rancangan saya selepas mengajar kefahaman dan teks pada hari pertama iaitu Isnin, saya akan mengajar kemahiran menulis dan diselitkan dengan pengajaran tatabahasa. Bagi saya, (saya rasa guru bahasa yang lain pun buat perkara yang sama), tatabahasa memang sepatutnya diajar setiap hari walaupun cuma memasukkan satu tajuk kecil kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis tulisan berangkai jarang diajar kerana saya lebih fokus kepada kemahiran memperluaskan binaan ayat. Tapi kali ini saya rasa, pelajar saya akan berminat mempelajari teknik menulis tulisan berangkai. Kemahiran menulis tulisan berangkai kali ini adalah kesinambungan daripada kemahiran yang pernah dipelajari semasa di kelas-kelas sebelum ini.

Semasa P & P

Bahan bantu mengajar saya amat konvensional. Saya lebih banyak menggunakan papan kapur. Setiap kali menunjukkan contoh dan menegur kesilapan murid, saya banyak bergantung kepada papan tulis. Ada juga contoh yang sudah dipamirkan dengan menggunakan kertas sebak. Pelajar lupa bagaimana menulis tulisan berangkai dengan betul. Para pelajar lupa  teknik menyambung setiap huruf dengan betul. 

Kelemahan P & P

Kelemahan saya amat ketara kerana saya lebih banyak menyuruh murid membaca walaupun kemahiran fokus saya ialah menulis. Dari aspek penyediaan soalan latihan, saya hanya meminta murid membina ayat dalam bentuk tulisan berangkai sahaja seolah-olah saya tidak mengembangkan kemahiran KBKK murid-murid dan tidak menyediakan latihan susulan yang lain. Aktiviti berkumpulan yang saya sediakan kurang mencabar kerana saya hanya meminta murid menyalin semula. Walaupun aktiviti berkumpulan dijalankan, namun hanya segelintir sahaja yang aktif melibatkan diri.

Kekuatan P & P

Secara keseluruhannya, pengajaran saya dapat diikuti oleh murid kerana saya menggunakan arahan yang mudah. Murid faham dan dapat melakukan setiap aktiviti dalam langkah-langkah pengajaran yang disediakan. Murid diterangkan tentang petikan notis jadi murid akan dapat membezakan petikan teks bacaan biasa dengan petikan notis.
Tindakan susulan/Penambahbaikan

Untuk penambahbaikan saya akan cuba mempelbagaikan latihan terutama yang berfokus dengan kosa kata iaitu murid akan mengisi tempat kosong dan menyalin ayat-ayat soalan menggunakan tulisan berangkai (agar tidak lari daripada kemahiran yang hendak diajar)
Contoh Latihan:

1. Salin ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai dan isikan tempat kosong dengan perkataan yang
    sesuai.
2. Bina sebuah karangan dengan menggunakan tulisan sepanjang 80 patah perkataan.
3. Bina empat rangkap pantun  4 kerat dengan menggunakan tulisan berangkai.

Dari aspek pedagogi, saya akan merancang pengajaran dan latihan yang berkesan kepada murid dengan berpandukan aras kecerdasan murid di dalam kelas.

Dalam pelaksanaan aktiviti berkumpulan, murid-murid akan digalakkan mencuba dan bersikap berani agar ada sikap jaya diri disemai.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum.... terima kasih di atas perkongsian ilmu ini, mohon share.. sebagai rujukan terima kasih.

    BalasPadam